SUNAT-SUNAT PUASA RAMADHAN
Sunat-sunat Puasa:
1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2. Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3. Melambatkan makan sahur.
Iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4. Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6. Memperbanyakkan sedekah.
7. Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9. Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.




0 comments:
Post a Comment