Monday, August 31, 2009

TIGA MARTABAT ORANG BERPUASA

dari metro harian 30/8/09
artikel expresi

Pedoman: Tiga martabat bagi orang berpuasa

BAGI mencapai puasa Ramadan yang berkualiti dan membentuk insan bertakwa bukan perkara mudah kerana kita berdepan cabaran dan ujian yang hebat.

Menurut ulama, ada tiga tingkatan ataupun martabat puasa. Pertama ialah puasa umum, iaitu puasa sekadar menahan diri daripada tidak makan dan minum tanpa menjaga adab berpuasa.

Martabat kedua pula ialah puasa yang berusaha menghindari dosa iaitu menjaga segala pancaindera daripada melakukan dosa selain daripada menahan diri dari makan dan minum.

Ketiga pula, puasa adalah menghindarkan diri daripada segala hal yang melupakan dan membuat hati lalai daripada mengingati Allah SWT.

Martabat ketiga ini adalah tertinggi puasa dan sebagai tanda umat Islam yang hebat dan cemerlang, ia hendaklah menjadi matlamat kita.

Oleh itu, puasa yang berkualiti tinggi menjadi titik tolak kepada kita untuk membuat perubahan dan membina kejayaan.

Umat Islam yang memiliki ketinggian takwa tidak pernah membezakan antara bulan Ramadan atau kesebelasan bulan yang lain untuk berubah.

Apa yang nyata, roh Ramadan dan ibadat lain terus membimbing mereka menjadi insan soleh. Sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu,” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah RA).

Sama ada kita sedar atau tidak, berpuasa menunjukkan betapa Islam dan mereka yang bertakwa sentiasa menyeru umatnya supaya bersyukur atas segala nikmat pemberian Allah SWT.

Pada masa sama, kita perlu insaf bahawa dalam limpahan nikmat yang kita peroleh siang dan malam itu, terselit hak golongan tertentu seperti golongan fakir, miskin dan daif.

Puasa Ramadan adalah jalan menuju takwa. Selari dengan matlamat ini, marilah kita sama-sama menyempurnakan keimanan dan meningkatkan ketakwaan dengan melakukan nilai tambah seperti berikut:

1- Renunglah bahawa rasa lapar, haus dan dahaga itu adalah gambaran kesusahan di hari kiamat.

2- Memperbanyakkan sedekah kepada fakir, miskin dan kasihanilah anak-anak yatim.

3- Mengadakan majlis berbuka puasa kepada orang mukmin.

4- Memperbanyakkan solat, berzikir kepada Allah SWT dan selawat ke atas Nabi SAW.

5- Mengambil makanan yang berkhasiat dan halal serta tidak membazir.

6- Merasai di dalam hati perasaan takut dan mengharap rahmat Allah SWT serta reda dengan ketentuan-Nya.

Firman Allah SWT: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan,” (An-Nahl: 97).

Sunday, August 30, 2009

HARI KE-9: BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA KAK ROHANA

Kak Rohana dan keluarga telah meluangkan masa bertandang ke rumah untuk berbuka bersama-sama kami. Seperti yang dijangkakan, kak Anan tiba awal. Suami dan anak-anaknya bergegas mendirikan solat asar setibanya mereka di rumah. Kak kelihatan tidak sihat. Daniel pula batuk dan telah mendapatkan ubat dari klinik. Menurut kak Anan, kalau batuk selsema Daniel tidak kebah dalam 2 hari, Daniel harus menjalani ujian darah kerana bimbangkan jangkitan H1N1. Tapi Daniel tidak kelihatan lemah dan sakit. Sebaliknya, ear-phone asyik melekat di telinganya. Lagu apalah agaknya yang Daniel dengar tu.

Buat pertama kalinya ramadhan di tahun ini, abang beli tak-otak. Otak-otak dijual 60 sen setiap satu sekarang ini. Rasa otak-otak tu agak istimewa pada saya kerana agak pedas.

Saturday, August 29, 2009

HARI KE-8: KHASIAT BAWANG PUTIH



Dalam kerisauan masyakat kini mengenai H1N1 adalah kita mengambil langkah-langkah pencegahan? Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari merawat. Apakah langkah-langkah pencegahan yang kita ada? Jawapannya pakai 'mask' dan lebih baik duduk di rumah dari berada di tempat yang penuh sesak.

Bagaimana dari segi pemakanan? Pada Kak Rynna, elok kita amalkan memakan bawang putih mulai dari hari ini berikutan bagi mencegah penyakit yang kian menular kini iaitu H1N1. Kenapa bawang putih? sila baca...

1. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.




2. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru-paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?



3. Bawang putih adalah anti penularan penyakit.... . tak caya....kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.



4. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala



5. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?



Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya



1. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah.



2. Perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan



3. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.

Friday, August 28, 2009

HARI KE-7: SETIAP HARI DI SUBUH RAMADHAN


Ramadhan tahun ini bagi Kak Rynna dimeriahkan oleh anak-anak. Mereka sudah semestinya sama-sama memeriahkan suasana baik waktu berbuka mahupun waktu bersahur berlanjutan hingga menjelangnya subuh hari.

Ntah dari mana datangnya tenaga mereka cergas bangun pagi seawal jam 3 pagi hinggalah hampir jam 7 pagi. Sepanjang waktu bersahur, tak henti-henti ada sahaja perkara yang mereka lakukan. Almaklumlah bila dah berdua, suasana agak riuh rendah dengan jerit pekik mereka yang rancak bermain berdua.

Keesokan harinya, mesti jiran maklumkan bahawa mereka terdengar suara Sarah dan Adam yang agak kuat. Mereka kagum bagaimana Sarah dan Adam boleh sebegitu cergas di subuh hari sedangkan anak-anak kecil yang lain agak 'liat' untuk bangun bersahur. Tentu ada sebabnya kan...?


Sabda Rasulullah SAW: "Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang dari kamu hanya meminum sseteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." -Hadis riwayat Ahmad no:10664.

Thursday, August 27, 2009

HARI KE-6: RUANG RAMADHAN

Ramadhan sering dikaitkan dengan cuaca yang panas terik yang melesukan di Malaysia. Akan tetapi lain pula di tahun ini. Begitu kerap pula hujan rahmat turun di bulan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah....

Cuaca yang baik ini sudah tentu memang memberi ruang kepada kebanyakan kita dapat mengerjakan ibadah dengan lebih kusyuk dan tawaduk. Kak Rynna misalnya yang mengalami thyroid amat tidak selesa berada dalam cuaca dan keadaan yang panas. Kak Rynna cepat merasa penat dan mengeluarkan peluh yang banyak. Dengan cuaca yang diiringi hujan sebegini dapat memberi keselesaan sedikit kepada diri Kak Rynna.

HILANGKAN KESEDIHAN


Jangan bersedih, masih ada jalan-jalan meringankan Musibah.

Tujuh Jalan Meringankan Musibah


Jalan Pertama:

انتظارُ الأجرِ والمثوبةِ من عند اللهِ عزَّ وجلَّ : إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍٍ

Tunggulah pahala dan ganjaran dari sisi Allah 'Azza wa Jalla (sebagaimana yang Dia janjikan):

[AQT 39 (az-Zumar) : 10] "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."

Tafsir: Banyak manusia pabila ditimpa musibah mengharapkan mahkamah yang dipenuhi dgn kes-kes tertunggak hingga bertahun-tahun dan mereka yang melakukan kezaliman terkadang tidak dihukum kerana karenah dan kecilikan peguam belanya...ada yang ditimpa musibah, tidak dibela dengan sewajarnya.. ..maka jalan meringankan kesan musibah ini ialah mengharapkan pahala dan ganjaran dari sisi Allah SWT.


Jalan Kedua:

Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan melihat orang lain yang turut ditimpa musibah (bahkan keadaan mereka lebih teruk lagi darimu)

Sya'ir arab menyatakan:
ولولا كثرةُ الباكِين حولي على إخوانِهمْ لَقَتَلْتُ نفسي

(Kalau saja tidak kulihat sesak tangis orang yang ditimpa musibah di sekitarku, dah tentu aku dah lama bunuh diri)

Maka lihatlah ke kiri dan kananmu duhai teman, apakah engkau tidak menyaksikan mereka yang juga ditimpa ujian dan musibah....hingga dikatakan oleh satu pepatah arab:

في كلِّ وادٍ بنو سعدٍ

(di setiap lembah, akan ada Banu Sa'ad)

P/S: Maksud setiap lembah ada Bani Sa'ad, ialah di setiap tempat pasti ada orang yang terkena musibah dan Bani Sa'ad adalah kaum arab yang mendiami wadi2 di sekitar Mekkah yang terkenal dgn kemiskinannya dan selalu terkena musibah spt wabak penyakit, bencana alam dan kelaparan.


Jalan Ketiga:

Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan:

وأنها أسهلُ منْ غيرِها

Yakin bahawa musibah yang menimpa diri anda itu jauh lebih ringan dibandingkan dengan yang menimpa orang lain..

Syarah:
Ketika saya menziarahi sanak saudara yang dimasukkan ke wad, saya melihat ramai pesakit dalam wad yang turut mengalami pelbagai komplikasi yang jauh lebih serius berbanding beliau...begitu juga kalau kita tinjau di wad-wad ICU, bertambah benar akan kenyataan ini, jika kita merasa sedih dengan musibah yang menimpa kita, terkadang kita lupa melihat persekitaran kita, di sana ada ramai manusia lain yang lebih parah musibahnya berbanding dengan apa yang tertimpa atas diri kita...


Jalan Keempat:

Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan:
. وأنها ليستْ في ديِنِ العبدِ ، وإنما في دنياه .

merasa yakin bahawa musibah yang menimpa diri anda hanyalah berkaitan dunia sahaja dan bukannya berkaitan dengan agama.

Mafhum:

Kebanyakan musibah yang menimpa manusia adalah berkaitan dengan urusan dunia spt: hutang piutang, wabak penyakit, kecelakaan jalan raya, kerjaya, tragedi alamiah spt banjir, gerak-gempa- tsunami, maka ia pasti ada jalan keluar. Sedangkan musibah para salaf dulu adalah kerana agama semata-mata. Musibah kerana agama lebih parah dari musibah kerana dunia, mereka berjaya keluar dari musibah agama yang jauh lebih dahsyat dari musibah keduniaan... .


Jalan Kelima:

Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan:

وأنَّ العبودية في التسليم عند المكارهِ أعظمُ منها أحياناً في المحابِّ

Merasa yakin bahawa 'ubudiyah yang dilaksanakan dengan khusyu' ketika sedang mengalami tekanan musibah lebih besar nilainya jika dibandingkan dengan yang dilakukan ketika di saat-saat senang...

Syarah:

Ibadah semasa dilanda musibah lebih lazat dan khusyu' berbanding ibadah semasa dalam kebahagiaan dan kesenangan. Jika dibuat perbandingan, kelazatan makanan lebih terasa bila kita dalam keadaan susah dan lapar berbanding ketika mana kita senang dan kenyang....


Jalan Keenam:

Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan:

وأنه لا حيلة : فاتركِ الحيلة في تحويِلها إنما الحيلةُ في تَرْكِ الحيَلْ

Tidak melakukan tipu muslihat (yakni: berhelah):

Tinggalkan muslihat untuk mengubah bencana

Hancurnya tipu muslihat dengan meninggalkannya (pepatah arab)

Syarah:

Apabila seseorang ditimpa musibah, dia tidak boleh melakukan pelbagai tipu muslihat seperti surat akuan bersumpah, saman-menyaman di mahkamah, sumpah di dalam masjid dan pelbagai cerita dan teori konspirasi.


Jalan Ketujuh:

Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan:

وأنَّ الخبرة للهِ ربِّ العالمين : * وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ

Menyedari pilihan Allah SWT adalah yang terbaik (sebagaimana Firman-Nya):

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.." AQT 2:216

Syarah:

Contoh dalam ayat itu ialah perang. Peperangan kita anggap suatu malapetaka dan kesengsaraan. Tapi di sebalik perang itu ada pahala syahid yang menunggu.


[al-Qarni, La Tandzan/ ms 111]

Wednesday, August 26, 2009

HARI KE-5: BERBUKA PUASA ATAU NAFSU MAKAN?

Berbuka puasa yang dituntut adalah secara sederhana. Elok dimulakan hanya dengan sebiji kurma dan air  kosong. Bagaimana pula dengan kita? Juadah berbuka puasa Kak Rynna sekeluarga sederhana sahaja. Di awal berbuka puasa, kami cuma menjamah kurma, buah-buahan dan kuih muih. Selepas solat Isyak dan Tarawih barulah kami menjamah nasi bersama lauk-pauk. Cara demikian terasa lebih nikmat dalam menjamah hidangan berbanding dengan jika kita menjamah kesemuanya sebaik sahaja berbuka puasa.

Hidangan kuih muih kebanyakannya dibeli di pasar ramadhan. Kak Rynna tak buat kuih sebab tak mahu luangkan masa yang banyak di dapur. Kak Rynna lebih gemar luangkan masa yang lebih dengan anak-anak. Kalau lama sangat di dapur terasa seperti anak-anak diabaikan. Anak Kak Rynna, Sarah suka sangat ke pasar ramadhan. Tujuan asal Sarah ialah dapat memilih sendiri juadah kegemarannya. Ayahnya ikutkan sahaja kehendaknya asalkan berpatutan dan tidak membazir.

Setakat ini, kami tak bercadang pun untuk berbuka puasa di luar. Cukup sekadar hanya di rumah memandangkan di rumah ada ayah mertua yang sedang uzur. Ayah mertua rajin berpuasa walaupun sebenarnya dia tak mampu. Setiap kali berbuka terasa sayu hatinya ketika membaca doa berbuka puasa. Ayah mertua menjalani rawatan hemodialisis. Pada hari rawatan abah tak dibenarkan berpuasa. Abah hanya berpuasa pada hari tiada rawatan.

Ketika masih bekerja dahulu, Kak Rynna sering berbuka puasa di luar: restoran dan juga di hotel. Walau apa pun, berbuka di luar tidak menarik jika tidak ada sebarang aktiviti yang disediakan. Tidaklah nanti asyik aktiviti makan, makan dan makan sampai restoran tutup...hehehe...

Tuesday, August 25, 2009

HARI KE-4: CABARAN RAMADHAN

Amat terasa perbezaan ramadhan buat Kak Rynna pada tahun ini berbanding dengan tahun yang lepas-lepas. Pertama kalinya Kak Rynna bergelar suri rumahtangga sepenuh masa di bulan puasa ini setelah Kak Rynna mengambil keputusan untuk tidak bekerja buat masa ini. Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab suri ru,mah sepenuh masa memang agak berat dipikul.

Melayan ragam dan kerenah anak-anak memang tak menang tangan Kak Rynna dibuatnya. Kadang-kadang jadi hilang sabar juga. Kak Rynna cukup tak suka nak marah-marah budak-budak yang tak tahu apa-apa. Pengganti kepada marah adalah kita perlu memberi penerangan yang jelas kepada mereka. Bunyi macam senang...sanggup ke?? Sanggup tak sanggup mesti juga laksanakan demi anak-anak.

Masa berbuka memamg dinanti-nantikan dan persediaan harus dibuat sebaiknya. Persediaan yang Kak Rynna buat termasuklah memastikan anak-anak yang tidak berpuasa diberi makan terlebih dahulu. Tujuannya agar tidak mengganggu waktu kita sedang berbuka puasa. Akan tetapi, itu cuma usaha yang ada. Kalau mereka nak kacau tu, kacau juga.

Tahun ini, anak-anak rajin betul bangun sahur. Mereka boleh sedar je orang sibuk di dapur awal-awal pagi. Dah datang menjenguk tu, ajak makan sekali. Suapkanlah juga. Paling tidak, mereka dapat merasakan suasana bersahur.

BERBUKA PUASA CARA RASULULLAH


Berbuka Puasa Mengikut Sunnah
oleh : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Sumber: Buletin Al-Khadeem

Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:

Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.

Ibn ‘Umar r..a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010.

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” - Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.

Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka..” – Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.


Menyegerakan Berbuka Puasa.

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a..w. Rasulullah s.a.w bersabda: “Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman: “Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.


Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata: “Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.


Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”



Berbuka Puasa Secara Sederhana.

Firman Allah S.W.T: “Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a..w: “Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.


Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.

Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa. Firman Allah S.W.T: “Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati):
Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.”-Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda baginda s.a.w:
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.

BERSAHUR CARA RASULULLAH


Oeh Mohd Yaakub Mohd YunuS
SUMBER:AL-KHAADEM

Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w: “Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.” – Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w: “Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air.

Sabda baginda s.a.w : “Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” -Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w: “Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan.

Firman Allah S.W.T: “Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:
“Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.

Qadi Iyadh r.h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata: “Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

Monday, August 24, 2009

HARI KE-3: KENANGAN RAMADHAN


Teringat zaman kanak-kanak dulu bila perhatikan anak-anak kecil rajin berpuasa. Kak Rynna rajin berpuasa dulu sebab memang tak suka makan masa tu...seriously! Masa puasa tu, kawan-kawan suka mengusik, kata mereka: "kalau tolak dia ni sekarang mesti melayang macam angin.". Kebanyakannya hanya setakat bercakap jelah tak pernah pun nak tolak. One day, baru turun dari bas sekolah and dah on the way ke rumah nak dekat berbuka puasa dah masa tu, ada indian girl ni tegur Kak Rynna pegang kat bahu dari belakang. Lepas tu, betul-betul Kak Rynna macam terbang melayang...maklumlah dah nak dekat berbuka and balik sekolah lambat pula tu, letih.... Semua yang nampak insiden tu gelak besar....malu giler!

Kenangan berpuasa paling best dan lebih bermakna masa di sekolah berasrama. Maklumlah sekolah berasrama terikat dengan jadual yang telah disediakan. Masa tu turun ke musola untuk terawih adalah wajib dan ada banyak masa terluang untuk bacaan ayat suci al-Quran. Makan bersahur dan berbuka biasalah mesti di dewan makan. Pagi-pagi buta terpaksa berjalan jauh jugalah nak ke dewan makan untuk bersahur. Sebab tu, ramai yang ponteng sahur.

Masa di Australia, berpengalaman berpuasa masa time summer dan winter. Paling best berpuasa time winter...hehehe tak baik! Memanglah time winter, siangnya kejap je. Cuaca pun cool dan kurang penat. Puasa pun tak sampai 12 jam. Lain pula ceritanya time summer. Tempoh berpuasa agak lama lebih kurang 15 jam. Imsak lebih kurang pukul 5 pagi, berbuka lebih kurang pukul 9 malam. Masa tu keluarga kat Malaysia suka mengusik. Masing-masing call simpatilah konon...but it was a great experiences!

Kak Rynna pernah kerja di petrol station dan pengalaman berpuasa semasa bertugas agak memeritkan. Hari pertama bekerja bergenang air mata sebab time berbuka have to standby kat kaunter bayaran. Time berbukalah pula tu ramai customer datang. Ada yang siap tanya dah berbuka ke...hmmm. Sempat berbuka pun kat kaunter jelah sekadar makan kurma dan minum air. Siang harinya pula, agak geram jugalah sebab orang Islam kaum lelaki terutamanya dengan selamba membeli makanan dan siap makan depan kami. Nak ditegur, dewasa dan sangat-sangat dewasa dari kami. Artis pun ada tau yang buat hal kat situ...nak gosip tak!?

Pengalaman baik dan buruk banyak mengajar dan membuatkan seseorang itu lebih menghargai kemunculan Ramadhan saban tahun. Bagi Kak Rynna. pengalaman  berpuasa tahun ini amat manis. Kak Rynna belajar erti kesabaran mendidik 2 orang anak Kak Rynna dan kesabaran menahan sakit yang Kak Rynna anggap sebagai ujian dari Allah. Persengketaan dan salah faham dengan ahli keluarga telah pun berlalu.Masing-masing sedia maaf-memaafkan sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia. Dengan terlerainya masalah tersebut, Kak Rynna berasa agak lapang dan tak perlu lagi risau memikir yang bukan-bukan sehingga memudaratkan kesihatan diri.  Bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk berada di bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan.


Keistimewaan Ramadhan ini dapat dilihat melalui kenyataan Rasulullah SAW, antaranya sabda Baginda yang bermaksud: "Pada malam pertama Ramadhan, akan dibelenggu segala syaitan. ditutup semua pintu neraka dan dibuka semua pintu syurga. Kemudian datanglah seruan: Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang menginginkan kejahatan, berhentilah. Pada setiap Malam Ramadhan, Allah membebaskan segolongan hamba-Nya daripada api neraka." (Hadis riwayat At-Tarmizi)

DOA DAN ZIKIR RAMADAN


Bacaan Harian

1) Ya Allah, selamatkan kami di bulan Ramadhan dan selamatkan Ramadhan bagi kani.

2) Tiada Tuhan disembah melaikan Allah, aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar. Ya Allah, aku mohon keredhaan dan syurgaMu, aku mohon perlindungan dari kemurkaanMu dan dari azab neraka.

3) Ya Allah, makbullah solat kami, puasa kami dan qiamulai kami.



Malam Qadar (10 malam akhir Ramadhan)

1) Ya Allah, seungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka ampun, maka ampunilah dosa kami.

2) Ya Allah, jadikanlah kami orang yang merdeka dari neraka di Ramadhan.

3) Ya Allah, merdekakan kami, bapa kami, ibu kami daripada neraka.


compilation by Dr Fatma El Zahra

RAHSIA AMALAN PUASA DITERIMA


Diceritakan pada satu hari, seorang Soleh di kalangan salaf berlalu di sebuah perkampungan, terdapat di situ beberapa orang lelaki (selepas Ramadan) ketawa berdekah-dekah dengan membuang masa di kedai kopi, bercerita tentang persoalan dunia yang tiada kaitan dengan alam kubur, akhirat atau di padang Mahsyar.


Maka orang Soleh itu pun menyapa mereka dengan berkata : Adakah tindakan tuan-tuan dengan banyak ketawa merasakan tidak ada dosa yang tertanggung atau begitu yakin amalan tuan-tuan diterima Allah SWT dengan membuang masa begini? Jika diterima sekali pun adakah sesuai tuan-tuan duduk lama di kedai kopi bersembang pada perkara yang tidak menguntungkan Islam dan umatnya?

 
  • Justeru menurutnya, sesungguhnya amal-amal soleh yang berkekalan yang dilakukan pada bulan Ramadan seperti berpuasa, baca al-Quran, solat Tarawih, bersedekah dan berzakat, menyedia atau memberi makanan kepada orang lain, bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jamaah, menjaga waktu solat fardu lima waktu, menghubungkan silaturrahim sesama muslim, beriktikaf dalam masjid, bangun malam dan lain-lain adalah petanda amalan orang berpuasa diterima di sisi Allah.

  • Hendaklah setiap muslim menjadikan ketaatan dan muraqabah (pengawasan) terhadap Allah setiap masa seperti di bulan Ramadan adalah perkara utama agar amalannya terus diterima di sisi-Nya, di samping menjauhkan diri daripada terlibat dalam perkara dosa, mungkar dan keji bersesuaian dengan inspirasi hadis baginda yang bermaksud :  “Susulilah kejahatan itu dengan kebaikan yang mampu menghapuskan kejahatan, dan berakhlak mulialah terhadap manusia dengan akhlak yang terpuji”.

  • Bercakap dengan ungkapan yang berisi nasihat atau bimbingan serta beramal soleh merupakan pra syarat terkabul amalan di sisi Allah seperti yang ditegaskan-Nya menerusi ayat 10 surah Fatir : “Kepada-nya (Allah) sampai perkataan-perkataan yang baik (kalimat Tauhid) dan amal soleh disampaikan kepada-Nya .

  • Bersegera dalam melakukan kebaikan dan kebajikan juga adalah faktor dikenal pasti sebagai penyebab amalan seseorang diterima Allah.

  • Suka bersedekah dan tidak kedekut adalah punca amalan diterima Allah.

  • Mengekal dan memelihara takwa kepada Allah juga menyebabkan amalan diterima Allah.

  • Istiqamah dalam agama dengan terus beramal dan melakukan perintah serta meninggalkan perkara yang terlarang adalah punca amalan diterima.

  • Memelihara rukun Islam yang lima serta rukun Iman yang enam juga penyebab amalan diterima Allah.

  • Konsisten dalam beramal secara berterusan walaupun sedikit, ia bertepatan dengan penjelasan baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah yang bersifat berterusan walaupun sedikit”.

  
Apapun Ramadan telah melahirkan dua jenis manusia yang mempunyai cara berbeza dalam penampilan mereka selepas Ramadan, justeru marilah sama-sama kita renung secara mendalam untuk kita tentukan golongan mana yang patut dicontohi.

 

  
Golongan Pertama

 

 Golongan yang dapat disaksikan dalam bulan Ramadan begitu ghairah melakukan apa sahaja amal ibadat selagi sanggup melakukannya, solat ketika orang lain juga bersolat, ruku’, sujud, bertadarus dengan berlinangan air mata kerana takutkan azab Allah ketika membaca al-Quran.

 
Agak sukar untuk melihat dalam diri mereka akhlak yang terkeji, kerana satu bulan Ramadan diisi dengan pelbagai ketaatan kepada Allah, menjauhkan diri dari segala maksiat dan perkara yang melalaikan.

 
Namun setelah sebulan dua ditinggalkan Ramadan, ketaatan, ibadat dan segala apa yang dilakukan hanya menjadi kenangan manis yang berlalu pergi bersama pertukaran bulan-bulan yang lain, surau dan masjid bukan lagi menjadi tempat destinasi persinggahan, al-Quran bukan lagi menjadi bahan bacaan harian, bulan berganti bulan hingga terbit Ramadan pada tahun berikutnya, inilah golongan yang hanya beribadat secara bermusim, seolah-olah Allah hanya wujud di bulan Ramadan sahaja, sedangkan pada bulan-bulan yang lain kehangatan beribadat semakin pudar.

 

 
Golongan Kedua

  
Golongan yang merasa amat gembira dengan kedatangan Ramadan dan merasa hiba dengan pemergian bulan yang mulia ini, kerana mereka merasa seronok dengan kemanisan dan janji-janji yang ada padanya.

  
Ramadan bagi mereka adalah peluang untuk menambah koleksi pahala sebanyak mungkin, kerana mereka mengetahui, bahawa Ramadan bulan kesabaran, persamaan, berkasih-sayang, terpadat padanya Lailatul Qadr, solat Tarawih, rahama, keampunan, pelepasan dari api neraka, Nuzul al-Quran, tadarus, tazkirah, pengeluaran Zakat Fitrah, peristiwa Badr al-Kubra, pembukaan kota Mekah dan seribu macam pahala yang tersedia untuk direbut.

 
Mereka beramal dengan sepenuh hati bagi menjana diri sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa menerusi ibadat puasa, mereka akan menangis jika Ramadan hampir melabuhkan tirainya kerana mungkin tidak akan bertemu dengannya pada tahun-tahun yang mendatang.

 

  
Kesimpulannya

 

Terserah kepada anda untuk menentukan kedudukan yang mana satu yang harus anda pilih di antara dua golongan yang disebutkan di atas. Andalah sebagai hakim untuk memastikan masa depan di akhirat lebih terjamin untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah s.a.w ketika ada di kalangan manusia yang tercicir namanya dalam senarai mereka yang dimasukkan dalam syurga Allah yang kekal abadi dengan segala nikmat yang membahagiakan.
 
 

BUAH KERAMAT


Buah keramat

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus (Harian Metro 24/8/09)
asmaini@nstp.com.my


BULAN kesembilan dalam kalendar Islam memang dinantikan umat Islam di seluruh dunia. Ramadan atau bulan penuh keberkatan mewajibkan umat Islam menyempurnakan rukun Islam kedua iaitu berpuasa.
Sepanjang bulan ini, kurma boleh dilihat di mana-mana kerana menjadi sunnah memakan terlebih dahulu buah itu apabila berbuka puasa.

Kurma adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau mentah. Kurma yang menjadi makanan utama masyarakat di Timur Tengah memang memiliki pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Tidak hairanlah, ia banyak disebut dalam al-Quran, malah menjadi makanan ruji Nabi Muhammad s.a.w.

Kurma mengandungi kandungan zat besi dan potasium yang tinggi selain pelbagai vitamin lain. Ia amat sesuai diambil pesakit anemia, masalah penghadaman seperti sembelit dan kelesuan badan. Sebagai buah yang kaya dengan karbohidrat, kurma memberikan sumber tenaga, membantu meningkatkan tenaga dan sesuai dijadikan sebagai snek harian.

Malah Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Imam Bukhari).

Menjadikan pemakanan kurma sebagai amalan sejak dulu lagi, Pengerusi dan pemilik Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, Datuk Yusuf Taiyoob, berkata amalan memakan kurma memang baik untuk kesihatan. Beliau berkata, kurma mampu membekalkan tenaga walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, malah mampu menahan kelaparan untuk seharian. Bagi yang ingin menjaga kesihatan, kurma mengurangkan berat badan.

“Kurma mempunyai banyak khasiat yang membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, melancarkan sistem penghadaman serta dapat melindungi badan daripada pengumpulan kolesterol. Ia memiliki kadar potasium dua kali ganda lebih tinggi daripada sebiji pisang dan membantu mencegah pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, demam, cirit-birit, sakit perut dan menjaga penglihatan. Justeru, kurma sesuai dijadikan makanan harian khususnya pada waktu pagi (ketika bersahur) sebelum memulakan tugas harian,” katanya.

Sementara itu, kajian Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, mendapati jus kurma membantu mencegah sembelit, lemah otot, sengal badan, lesu dan barah usus besar selain merangsang selera makan serta menguatkan ingatan.

Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir, khasiat kurma terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, merawat buah pinggang dan mencuci hati serta membantu mengurangkan pengaliran darah ketika melahirkan anak.


Khasiat Kurma

  • Kurma adalah buah daripada tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan B serta niasin.
  • Dari segi saintifik, kurma dapat membantu mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.
  • Kurma boleh dijadikan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk membantu mengatasi masalah insomnia dan mengurangkan batuk.
  • Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin
  • Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma, sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.
  • Kurma turut berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak iaitu membantu pembentukan darah dan sum sum tulang. 
  • Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
  • Khasiat kurma dapat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda kanak-kanak.
  • Jus kurma dapat membantu mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta meredakan tekanan darah tinggi.
  • Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran.
  • Kurma membantu merendahkan risiko serangan angin ahmar. 
  • Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya membekalkan banyak tenaga.
  • Kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.
  • Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot dan mengatur tekanan darah.
  • Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang. Justeru, kurma dianggap sebagai buah paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.

 Info Kurma


  • Untuk memastikan mutu kurma kekal segar dan tahan lama, ia hendaklah sentiasa disimpan di dalam peti sejuk dan bukannya di dalam suhu bilik.
  • Buah kurma bertangkai adalah kurma yang paling baik dari segi kualiti dan biasanya, harganya juga mahal berbanding kurma biasa.
  • Selain kurma asli, kurma kering juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan cara penyimpanannya lebih mudah.

Sunday, August 23, 2009

MANFAAT RAMADHAN TINGKATKAN KETAKWAAN

Alangkah indahnya jika ummah berebut-rebut untuk meraih janji Allah...

PUASA Ramadan sepatutnya dapat melahirkan insan bertakwa sejajar kefarduannya yang datang daripada Allah kepada umat-Nya terdahulu hingga sekarang bukan untuk membebankan tetapi sebagai proses pentarbiahan.

Namun, kata pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd Farid Ravi Abdullah, adalah malang bagi masyarakat Islam jika tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan untuk meningkatkan ketakwaan mereka.

Justeru katanya, umat Islam di negara ini wajar mencontohi sikap saudara mereka di negara Arab yang meraikan kehadiran Ramadan dengan meneruskan budaya yang diamalkan sahabat daripada sunnah Rasulullah SAW.

HARI KE-2: MEMPERKENALKAN PUASA PADA ANAK


Sarah, anak sulung Kak Rynna kini berusia 3 tahun, sudah pun kenal erti puasa. Sarah amat meminati icon cartoon Upin & Ipin. Terdapat beberapa episode Upin & Ipin berkenaan dengan berpuasa ramadhan yang pada Kak Rynna amat mudah bagi kanak-kanak seperti Sarah memahaminya.Bayangkan Sarah mampu belajar doa makan dan niat berpuasa hanya dengan menyaksikan episode Upin & Ipin...great achievement for 3 year old kid!
Serba sedikit Sarah dah faham yang pada bulan Ramadhan, kita tidak boleh makan dan minum pada siang hari. Berbuka hanya selepa berkumandangnya azan maghrib dan mengerjakan solat sunat tarawih pada malam harinya.

Alhamdulillah Sarah tidak bermasalah untuk bangun bersahur, walau pun hanya sedikit makanan yang mampu dijamahnya. Pada siang harinya Sarah hanya mampu berpuasa sehingga jan 12 tgh. Dah lapar katanya...poor little girl!

Anak-anak hingga usia akil baligh (12 tahun) belum diwajibkan berpuasa. Namun, sebahagian besar ulama sepakat untuk mengajarkan puasa sejak kecil agar di usia akil baliggh nanti, anak sudah terbiasa berpuasa. Nabi SAW menganjurkan anak dilatih solat saat anak-anak, beberapa ulama memakai usia awal untuk melatih anak berpuasa.
Memperkenalkan puasa pada anak untuk berpuasa walau setengah hari lebih pada memahami seluk beluk berpuasa sehingga anak merasa senang berpuasa. Dengan adanya perasaan senang inilah anak-anak akan melaksanakan puasa kerana kemahuan sendiri bukan kerana paksaan.


Pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya yang katanya: "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah daripada menutur hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadat. Makan yang kenyang itu menegangkan urat perut dan mengendurkan urat mata."

Saturday, August 22, 2009

ORANG BERPUASA DIJANJIKAN KEMENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT


Orang berpuasa dijanjikan kemenagan dunia dan akhirat

Oleh Abd Al-Razzaq A Muthalib Ahmad

"DAN berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui" (al-Baqarah: 184). Ayat ini begitu ringkas, namun tidak sama ringkasnya pernyataan Allah ini dengan kata makhluk-Nya. Sesungguhnya puasa bukan membebankan, tetapi peluang untuk mengumpul pahala.

Puasa sebagai perisai

Dalam hadis, Nabi SAW menganjurkan kepada mereka yang berkeinginan berkahwin tetapi tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Wahai pemuda! Sesiapa antara kamu yang berkemampuan kahwin, maka berkahwinlah. Ia lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana ia dapat menjadi perisai baginya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis lain pula dinyatakan puasa menjadi perisai dan penghalang kepada api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah bersabda maksudnya: "Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, kecuali Allah menjauhkannya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak 70 tahun perjalanan" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).



Puasa dapat masukkan seseorang ke syurga

Daripada Abu Umamah ra berkata: "Aku pernah bertanya, wahai Rasulullah, tunjukkan amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya. Nabi SAW menjawab, hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya" . (Riwayat al-Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim)




Pahala tiada had, Dua kegembiraan dan Bau mulut lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

Ketiga-tiga kelebihan ini dinyatakan Rasulullah dalam hadis bermaksud Daripada Abu Hurairah berkata: "Bersabda Rasulullah, Allah berfirman maksudnya: "Setiap amalan anak Adam itu baginya (pahala yang ada had), kecuali puasa kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya dan puasa itu perisai dan apabila seseorang berpuasa, janganlah ia mengeluarkan kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Jika ada orang lain mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, katakanlah, sesungguhnya aku berpuasa. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi. Untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Orang berpuasa menikmati dua kegembiraan iaitu dunia (menikmati juadah) dan akhirat (bertemu Allah di akhirat).

Disediakan al-Rayyan iaitu pintu syurga yang dikhaskan untuk orang berpuasa.

HARI PERTAMA: HUJAN RAHMAT RAMADHAN


Alhamdulillah akhirnya ramadhan muncul lagi. Di Sepang tahun ini ketibaan ramadhan disambut dengan turunnya hujan rahmat mencurah-curah. Tetapi hampanya bila bangun untuk bersahur, kami dapati tiada bekalan air. Itu adalah perkara lumrah buat penghuni kawasan Sepang...sentiasa terputus bekalan air tanpa amaran.

Ini adalah tahun pertama Kak Rynna berpuasa yang pada masa yang sama menanggung sakit hypothyroidisme atau thyroid. Pada yang pernah atau sedang mengalaminya tentu tahu apa kesannya. Selalunya Kak Rynna jadi terlalu cepat lapar dan perlu kerap makan. Walau pun kerap makan, berat badan tetap tak naik...makan tak baca bismillah ke!? nope, actually kadar metabolism meningkat tinggi jadi, asal makan je semua terus bertukar kepada tenaga pada kadar yang sangat cepat. Bayangkan macam mana nak menahan rasa lapar ketika berpuasa....menggigil! Tetapi bulan Ramadhan bukanlah sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga. Bulan Ramadhan adalah lebih dari itu. Kebesaran rahmat bulan Ramadhan menguatkan diri Kak Rynna untuk meneruskan berpuasa walaupun dalam keadaan keseluruhan badan menggeletar.

Selain dari itu, Kak Rynna juga berhadapan dengan kerenah dua orang anak yang sedang membesar. Sarah, 3 tahun dan Adam, 1 tahun. Dalam proes kanak-kanak sedang membesar ni, faham-faham sahajalah macam mana keadaannya. Penat tapi semuanya itu mengajar erti kesabaran yang amat tinggi menggunung....believe it!


Sabda Rasulullah bermaksud: "Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat." (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim daripada Abu Hurairah)

RAIKAN RAMADHAN

TAHUKAH ANDA tanglung biasanya dijadikan hiasan umat Islam Mesir sempena menyambut kedatangan Ramadhan.

GALERI RAMADHAN DUNIA


RAMADHAN JALAN MENUJU TAQWA


(21 OGOS 2009 / 30 SYAABAN 1430H)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekelian,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Bulan Ramadhan yang suci datang lagi, maka marilah kita bersungguh-sungguh mengambil peluang keemasan ini untuk membaiki dan meningkatkan prestasi akhlak supaya kita dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan puasa kita kali ini menjadikan kita insan yang bertaqwa. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ialah: “ Ramadhan Jalan Menuju Taqwa.”

Kaum Muslimin Yang Berbahagia,

Setiap tahun Allah SWT memberikan kesempatan yang istimewa kepada hamba-hamba- Nya. Kesempatan itu hádala berkaitan fadhilat yang banyak dalam bulan suci Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan secara fitrahnya hati akan melonjak, roh akan bersinar dan bercahaya serta manusia siap untuk menjadi insan yang bertaqwa.

Wahai jemaah dan umat Islam sekalian, manusia adalah produk dan makhluk ciptaan Allah. Sebagai manusia kadang kala kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan sama ada dosa besar atau kecil. Sebagai produk ciptaan-Nya, maka Allah SWT Maha mengetahui cara dan kaedah yang sesuai untuk membaiki, membaik pulih dan mempertingkatkan akhlak manusia. Selari dengan kelemahan makhluk-Nya itu, maka Allah menawarkan kepada umat Islam bulan Ramadhan sebagai bulan khusus membersihkan dosa dan menerapkan nilai-nilai yang terpuji sebagai usaha kesinambungan membersihkan diri dan mengembalikan fitrah akhlak manusia. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Selari dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, maka hari-hari dalam bulan Ramadhan adalah hari yang paling utama, malam-malamnya adalah malam yang paling utama dan setiap minit dan jam adalah peluang-peluang yang paling utama untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT. Dengan demikian wahai jemaah sekalian, marilah kita dengan niat yang tulus dan hati yang suci memohon dan berdoa agar Allah membimbing kita melakukan puasa dengan penuh agar mampu membentuk insan yang bertaqwa.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekelian,

Untuk mencapai puasa Ramadhan yang berkualiti dan membentuk insan bertaqwa bukanlah perkara yang mudah, kita menghadapi cabaran dan ujian yang hebat. Menurut ulama’ ada tiga tingkatan ataupun martabat puasa. Martabat pertama ialah Puasa Umum, iaitu puasa sekadar menahan diri dari tidak makan dan minum tanpa menjaga adab-adab berpuasa. Martabat kedua pula ialah puasa yang berusaha menghindari dosa iaitu menjaga segala pancaindera daripada melakukan dosa selain dari menahan diri dari makan dan minum. Manakala martabat ketiga puasa pula adalah menghindarkan diri dari segala hal yang melupakan dan membuat hati lalai dari mengingati Allah. Ini adalah martabat tertinggi puasa. Sebagai tanda umat Islam yang hebat dan cemerlang, martabat puasa yang ketiga hendaklah menjadi matlamat kita. Oleh itu, puasa yang berkualiti tinggi menjadi titik tolak kepada kita untuk membuat perubahan dan membina kejayaan.

Wahai jemaah sekalian, mereka yang memiliki ketinggian taqwa, tidak pernah membezakan antara bulan Ramadhan atau kesebelasan bulan yang lain untuk berubah. Apa yang nyata, roh Ramadhan dan ibadah-ibadah yang lain terus membimbing mereka menjadi insan soleh.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadith riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah RA :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekelian,

Sama ada kita sedar atau tidak, berpuasa telah menunjukkan betapa Islam dan mereka yang bertaqwa sentiasa menyeru umatnya supaya bersyukur atas segala nikmat pemberian Allah SWT. Pada masa sama, kita perlu insaf bahawa dalam limpahan nikmat yang kita perolehi siang dan malam itu, terselit hak-hak golongan tertentu seperti golongan fakir miskin dan dhaif.

Hakikatnya puasa yang melahirkan umat yang bertaqwa itu mempunyai ciri-ciri umat yang kuat, hebat, produktif, cemerlang dan berdaya saing. Justeru, di bulan Ramadhan al-Mubarak ini, sewajarnya kita merebut peluang ini untuk memastikan ketaqwaan kita terus meningkat dan mengelak diri dari binasa dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah dan dosa.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekelian,

Puasa Ramadhan adalah jalan menuju taqwa. Selari dengan matlamat ini mimbar menyeru, marilah kita sama-sama menyempurnakan keimanan dan meningkatkan ketaqwaan dengan melakukan nilai tambah seperti berikut:

1. Renunglah bahawa rasa lapar, haus dan dahaga itu adalah gambaran kesusahan di hari kiamat.

2. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan kasihanilah anak-anak yatim.

3. Mengadakan majlis berbuka puasa kepada orang mukmin.

4. Memperbanyakkan solat, berzikir kepada Allah SWT dan selawat ke atas nabi SAW.

5. Mengambil makanan yang berkhasiat dan halal serta tidak membazir.

6. Merasai di dalam hati perasaan takut dan mengharap rahmat Allah serta redha dengan ketentuan-Nya.


Hadirin yang dihormati sekalian,

Esok kita mula berpuasa dan malam ini kita mula bersolat terawih. Bersedialah kita untuk memasuki bulan yang mulia ini dengan penuh rasa gembira. Penuh harapan untuk mendapat keampunan dan keredhaan-Nya.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ

Maksudnya: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.”
(An-Nahl:97)


AMALAN HARIAN RAMADHAN



4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.



4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.



5.00 pagi
Makan Sahur - Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.



5.28 pagi
Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.



7.00 pagi
Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAHagar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkanrasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.



10.00 pagi
Sembahyang Sunat Dhuha. Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrimmengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.



12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.Laksanaka n juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.



4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar
Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!


6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.



8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan solat Terawih
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya) , cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)



11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhanyg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.

Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Oleh Tazkirah.

Friday, August 21, 2009

HIKMAH PUASA MENURUT SAINS


BULAN Ramadan sangat istimewa dalam takwim Islam. Keberkatan dan rahmat Allah memenuhi bulan ini. Pada masa inilah umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”

Demikian perintah Allah kepada kita agar melaksanakan ibadah berpuasa yang terangkum dalam Rukun Islam. Inilah yang dikatakan bahawa Ramadan itu adalah penghulu segala bulan sehinggakan ia sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya oleh kita semua. Kehadiran Ramadan membawa sinar keimanan yang mantap dan mengukuhkan ketakwaan. Jadikanlah Ramadan tetamu yang dirindui dalam kehidupan di dunia ini.

Ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan ini dapat diterjemahkan sebagai satu ibadah jasmani dan rohani. Ini kerana puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi dari sudut rohani menahan nafsu dan menjaga peribadi diri selaras dengan tuntutan agama. Dengan melaksanakan Rukun Islam ini kita dijanjikan Allah dengan pengampunan dosa yang lalu.

Hal itu jelas dalam sabda Rasulullah bermaksud:
“Sesiapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Muttafaq ‘alaih).

Begitulah tawaran istimewa yang dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang berpuasa di bulan Ramadan.
Di dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:
“Semua amal anak-anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa adalah untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjaran atasnya.”

Jadi, sempena Ramadan tahun ini marilah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh menunaikannya sebagaimana dituntut agama. Hal itu semestinya meliputi segenap aspek kehidupan. Pada Ramadan inilah kita wajib bermuhasabah diri meneropong segala kelemahan diri dan dosa-dosa yang dilakukan pada bulan-bulan terdahulu, seterusnya menggilap semangat dan kekuatan hati untuk memantap iman.

Ibadah puasa khususnya pada Ramadan jika ditinjau daripada perspektif ilmu kesihatan dan perubatan juga mengandungi hikmah yang tersendiri. Malah, pakar-pakar perubatan bukan Islam turut mengakui puasa adalah satu kaedah perubatan yang mujarab kepada sistem tubuh manusia.

Antaranya Dr Mac Fadon dari Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan, puasa seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut. Boleh dikatakan semua ahli perubatan di dunia ini menyatakan berpuasa menyihatkan tubuh badan manusia, malah kesihatan mental dan kekuatan rohani akan turut berganda dengan berpuasa.

Di India terdapat satu institut rawatan kesihatan yang melakukan promosi besar-besaran agar rakyat di negara itu mengamalkan puasa sebagai satu langkah pencegahan penyakit dan mengekalkan tahap kesihatan.

Kajian sains perubatan mendapati berpuasa memainkan dua fungsi sekali gus iaitu sebagai kaedah perawatan ke atas penyakit dan sebagai langkah pencegahan. Hebat sungguh puasa ini dan kita sebagai umat Islam seharusnya menggunakan ruang dan peluang seluas-luasnya pada Ramadan untuk melaksanakan dengan penuh takwa kepada Allah.

Satu kajian yang telah dilakukan oleh seorang pakar perubatan dari AS, Dr Alan Cott menyatakan puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Beliau juga melakukan satu uji kaji ke atas sekumpulan orang yang berpuasa dan satu kumpulan yang tidak berpuasa. Hasilnya menakjubkan kerana mereka yang rajin berpuasa itu memperoleh markah jauh lebih tinggi berbanding yang tidak berpuasa. Inilah bukti konkrit daripada segi sains moden bahawa puasa itu mengandungi seribu satu keajaiban.

Ingatlah kita mengenai pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya yang katanya: “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah daripada menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadat. Makan yang kenyang itu menegangkan urat perut dan mengendurkan urat mata.” Maksud Lukman al-Hakim di sini ialah jika kita sentiasa kenyang, kesannya kita mudah mengantuk dan malas. Jadi, ibadah puasa bertepatan dengan amalan baik dari segi kesihatan manusia.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu’aim daripada Abu Hurairah) . Apa yang penting sewaktu berpuasa ini kita hendaklah menjaga etika puasa itu. Jangan hanya setakat menahan lapar dan dahaga saja.

Rasulullah bersabda; “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dan mengetahui batas-batasnya (ketentuannya) serta memelihara perkara-perkara yang perlu dijaga, maka dihapus dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi ).

Apa perkara yang perlu dijaga semasa berpuasa? Seluruh anggota badan kita seharusnya turut berpuasa. Demikian juga dengan hati kita. Contohnya menjaga lidah agar jangan sewenang-wenangnya menuturkan kata-kata keji atau mengumpat sedangkan pada waktu itu kita sedang berpuasa. Jadi, apa maknanya kita berpuasa tetapi lidah kita laju mengeluarkan kata-kata keji atau mengumpat. Jawabnya, sia-sia ibadah puasa kita itu. Yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga tetapi kosong pahalanya.

Ingatlah amaran Rasulullah melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga yang didapatinya.” (Hadis riwayat Bukhari). Oleh demikian berhati-hatilah kita semua dengan etika berpuasa itu agar kita tidak tercicir ganjaran besar pahala sebagaimana yang dijanjikan Allah.

Allah mengarahkan kita supaya sentiasa bertutur kata yang baik dan sopan apatah lagi semasa kita sedang berpuasa Ramadan. Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 53 yang bermaksud: “Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.”

Sebaliknya dalam bulan Ramadan ini basahilah lidah dengan zikir dan bacaan al-Quran. Pada Ramadan yang penuh berkat ini, latihlah diri dan pimpinlah hati kita dengan jalur kehidupan yang dituntut oleh agama. Jika kita berpuasa dengan kaedah sebagaimana diperintahkan Allah, puasa itu adalah ibarat perisai daripada godaan syaitan, malah ibadah kita akan menjadi gerbang menuju ketakwaan.

Oleh itu, jadikanlah Ramadan ini sebagai bulan memantapkan iman untuk meraih kecemerlangan dunia dan kebahagiaan di akhirat. Marhabban Ya Ramadan.


Keratan Akhbar Harian Metro 21/8/09
>>Penulis ialah seorang guru.

"Magical Template" designed by Blogger Buster