HARI KE-7: SETIAP HARI DI SUBUH RAMADHAN
Ramadhan tahun ini bagi Kak Rynna dimeriahkan oleh anak-anak. Mereka sudah semestinya sama-sama memeriahkan suasana baik waktu berbuka mahupun waktu bersahur berlanjutan hingga menjelangnya subuh hari.
Ntah dari mana datangnya tenaga mereka cergas bangun pagi seawal jam 3 pagi hinggalah hampir jam 7 pagi. Sepanjang waktu bersahur, tak henti-henti ada sahaja perkara yang mereka lakukan. Almaklumlah bila dah berdua, suasana agak riuh rendah dengan jerit pekik mereka yang rancak bermain berdua.
Keesokan harinya, mesti jiran maklumkan bahawa mereka terdengar suara Sarah dan Adam yang agak kuat. Mereka kagum bagaimana Sarah dan Adam boleh sebegitu cergas di subuh hari sedangkan anak-anak kecil yang lain agak 'liat' untuk bangun bersahur. Tentu ada sebabnya kan...?
Sabda Rasulullah SAW: "Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang dari kamu hanya meminum sseteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." -Hadis riwayat Ahmad no:10664.



0 comments:
Post a Comment